Site icon aviNews, la revista global de avicultura

Ringkasan pembelajaran dari mesyuarat Kumpulan Penyelidikan Kesuburan & Inkubasi yang ke-49

PDF

Kandungan boleh didapati di: English Indonesia (Indonesian) ไทย (Thai) Tiếng Việt (Vietnamese) Philipino

Mesyuarat tahunan yang ke-49 bagi Kumpulan Penyelidikan Inkubasi dan Kesuburan telah diadakan di Limak Limra Hotel & Resort di Antalya, Türkiye, pada 3 dan 4 Oktober 2024.

Ini adalah salah satu mesyuarat paling penting di dunia yang berkaitan dengan pembiakan dan inkubasi ayam.

Kumpulan yang menganjurkan mesyuarat ini ialah Working Group Six (WG6), yang merupakan sebahagian daripada Persekutuan Eropah bagi Persatuan Sains Ayam Dunia (WPSA).

KESUBURAN

Kesuburan ayam jantan

Dr. Anais Vitorino Carvalho dari INRAE membentangkan strategi baharu untuk mendiagnosis kesuburan sperma berdasarkan kaedah proteomik menggunakan Intact Cell MALDI-TOF Mass Spectrometry (ICMMS) pada populasi sel terasing bagi mengenal pasti peptida dan protein yang lebih berkorelasi dengan kesuburan ayam jantan.

Penanda biologi kesuburan

Dr. Ophélie Bernard dari INRAE membincangkan kepentingan protein chemerin sebagai penanda biologi bagi meningkatkan kadar pembiakan.

Pestisid dan Parameter Semen

Pestisid yang digunakan sebagai fungisid (ebuconazole), insektisid (imidacloprid), dan herbisid (glyphosate) boleh mencemari jagung dan kacang soya.

PENGELUARAN TELUR, KEBERKESANAN MENETAS, DAN KUALITI ANAK AYAM

Ketumpatan pemeliharaan ayam pembiak pedaging

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Ankara yang diketuai oleh Dr. Okan Elibol menilai kesan peningkatan ketumpatan pemeliharaan ayam pembiak pedaging sebanyak 30%, daripada 5.0 kepada 6.6 ekor betina/m² dalam tempoh pengeluaran antara umur 26 hingga 59 minggu.

Keberkesanan menetaskan anak ayam dan kualiti anak ayam dalam baka Brown dan Leghorn

PENYIMPANAN TELUR

SPIDES dan Profil Pemanasan Pra-Inkubasi

Orhun Tikit dari Universiti Ankara menyimpulkan bahawa kesan negatif penyimpanan telur yang berpanjangan (14 hari pada suhu 15°C) boleh dikurangkan dengan aplikasi SPIDES (3.5 jam pada suhu melebihi 32°C pada kulit telur pada hari ke-5 penyimpanan) atau dengan pemanasan pra-inkubasi yang lebih lama (24 jam berbanding 6 jam pada suhu 28°C).

SPIDES ke atas penetasan dan kualiti anak ayam

Amalan SPIDES telah banyak dikaji pada telur ayam pembiak pedaging, dengan lebih daripada 35 kajian diterbitkan sejak tahun 2011, seperti yang dibentangkan oleh Dr. Dinah Nicholson dari Aviagen.

AMALAN INKUBASI BAHARU

Pendedahan cahaya semasa inkubasi

Kajian mengenai pendedahan cahaya semasa inkubasi buatan masih menunjukkan keputusan yang bercanggah.

Louisa Kosin dari Institut Roslin membentangkan data yang menunjukkan bahawa pendedahan telur ayam penelur Leghorn kepada cahaya putih spektrum penuh selama 24 jam sepanjang tempoh inkubasi memberi manfaat kepada peningkatan berat badan anak ayam pada usia 4 minggu selepas menetas.

Pemanasan telur dari penyimpanan ke suhu inkubasi

Dalam dua pembentangan, Dr. Jan Wijnen dari HatchTech Group membincangkan kaedah baharu pemanasan perlahan bagi telur dari suhu 29.4°C (suhu kulit telur) kepada 37.8°C.

Manipulasi terma untuk meningkatkan ketahanan haba selepas menetas 

Dr. Itallo Conrado Sousa de Araújo dari Universiti Persekutuan Minas Gerais membentangkan eksperimen yang menunjukkan bahawa mengekalkan suhu kulit telur pada 39.5°C antara hari ke-7 hingga ke-16 inkubasi selama 6 jam sehari dapat mengurangkan kadar kematian ayam akibat tekanan haba selepas menetas.

  • Dalam eksperimen ini, anak ayam diuji dengan pendedahan kepada suhu 32°C selama 8 jam sehari antara hari ke-21 hingga ke-28 selepas menetas untuk menilai keupayaan penyesuaian haba mereka.
  • Arlette Harder dari Universiti Humboldt, Berlin turut membincangkan stimulasi suhu sebelum menetas bagi meningkatkan prestasi ayam pedaging selepas menetas.
  • Suhu mesin pengeraman ditingkatkan 1°C selama 2 jam sehari dari hari ke-17 hingga ke-20 inkubasi.
  • Hasil eksperimen menunjukan kadar penetasan meningkat daripada 87.2% kepada 90.4%.
  • Walaubagaimanapun, tiada kesan terhadap berat atau kualiti anak ayam yang menetas.
  • Tetapi, peningkatan berat badan pada minggu pertama selepas menetas telah diperhatikan.
  • Dr. Barbara Tzschentke dari kumpulan penyelidikan yang sama membentangkan kesan latihan suhu pranatal ke atas neuron hipotalamus ayam.
  • Perubahan dalam aktiviti neuron ini boleh menjelaskan daya tahan yang lebih baik terhadap tekanan persekitaran seperti suhu tinggi selepas menetas.

Gambar 1. . Dr. Ampai Nangsuay, yang mengetuai Working Group 6 (WG6) sejak 2019, memperkenalkan pengerusi baharu Dr. Roos Molenaar dari Wageningen University & Research.

Tiga saintis muda menerima anugerah IFRG Next Gen Funding 2024 tahun ini untuk memberikan mereka peluang dan membimbing masa depan mereka. Penerima anugerah ialah Arlette Harder dari IASP di Humboldt-Universität zu Berlin, Catharina Broekmeulen dari Institut Kesihatan Awam Veterinar di Universiti Bern, dan Skarlet Napierkowska dari Universiti Sains Alam Sekitar dan Kehidupan Wroclaw.

Selain itu, tujuh saintis muda bersaing dengan pembentangan mereka untuk Anugerah Nick French. Pemenang Anugerah Nick French 2024 ialah Anne Pennings dari Wageningen University & Research, yang membentangkan kepada kumpulan penyelidikan cemerlangnya mengenai “Perkembangan morfologi embrio semasa pemanasan telur ayam pedaging dari penyimpanan ke suhu inkubasi.”

 Mesyuarat seterusnya akan dianjurkan sebagai bengkel gabungan dari WPSA WG6 (IFRG) dan WG12 Physiology dari 22 hingga 24 Oktober 2025. Tempat event ialah Institute of Agricultural and Urban Ecological Projects di Humboldt-Universität zu Berlin (IASP), Alte Mälzerei, Seestraße 13, Berlin, Jerman.

Anda akan menemui lebih banyak maklumat dalam beberapa bulan akan datang di laman web ini:

 

PDF
Exit mobile version