Biosekuriti

Biosekuriti: apa yang telah kita pelajari tentang bioeksklusi dan pembendungan bio?

PDF

Untuk membaca lebih banyak kandungan daripada aviNews Malaysia

Conteúdo disponível em:
English Indonesia (Indonesian) ไทย (Thai) Tiếng Việt (Vietnamese) Philipino

Biosekuriti bukanlah konsep baru bagi industri ayam , babi, atau tenusu. Namun, ia merupakan cabaran yang sentiasa kita hadapi dalam operasi perternakan haiwan dan juga merupakan faktor utama untuk mengoptimumkan kesihatan, kebajikan, dan kelestarian haiwan ternakan.

Biasanya, kita melihat kepada senario penyakit yang pernah dialami dahulu untuk mengetahui apa yang berjalan dengan baik (atau tidak) dan bagaimana kita boleh memperbaiki lagi amalan serta strategi biosekuriti kita.

Walaupun pembelajaran dari masa lalu adalah sangat penting, kita juga mesti melihat ke hadapan dan menyelidik bagaimana kita boleh menjadi lebih cekap, berkesan, dan inovatif.

BIOSEKURITI, GABUNGAN BIOEKSKLUSI DAN PEMBENDUNGAN BIO

Dalam kertas kerja yang diterbitkan pada tahun 2012 mengenai risiko penyakit untuk kawanan lembu, John F. Mee menggambarkan biosekuriti sebagai gabungan bioeksklusi dan pembendungan bio.

Secara khusus, beliau menyatakan bahawa bioeksklusi adalah berkaitan dengan langkah pencegahan (strategi pengurangan risiko) yang direka untuk mengelakkan kemasukan jangkitan patogen (bahaya), manakala pembendungan bio adalah berkaitan dengan langkah-langkah untuk mengehadkan penyebaran jangkitan patogen dalam ladang dan pencegahan penyebarannya ke ladang lain.”

Industri ayam sedunia mempunyai pengalaman selama berdekad-dekad dengan HPAI, mycoplasma, salmonella dan penyakit ayam lain dalam operasi unggas komersial. Oleh itu, kita bernasib baik (atau malang) kerana mempunyai banyak contoh untuk dipelajari, dan kita juga terus mempunyai peluang untuk meningkatkan keupayaan dalam menghapuskan penyakit dan risiko biosekuriti.

Bersambung selepas pengiklanan.
Biosecurity

Dalam kertas ini, kami akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah inovatif dan strategi berkesan untuk mencegah kemasukan patogen ayam dan meminimumkan penyebarannya.

Secara khusus, pembelajaran yang dipelajari dari masa lalu – daripada syarikat ayam dan sektor pertanian haiwan lain – akan dikongsi.

Selanjutnya, idea-idea baru juga akan diketengahkan sebagai inspirasi kepada syarikat-syarikat untuk mempertimbangkan alat berasaskan haiwan bagi pengesanan awal penyakit dan, mengalakkan langkah-langkah baru untuk menghapuskan risiko penyakit di ladang mereka.

Bioeksklusi

Bak kata pepatah, “segram pencegahan adalah lebih berharga daripada sekilogram penyembuhan” adalah asas utama bagi bioeksklusi dan tindakan untuk mencegah kemasukan patogen ke dalam tempat kemudahan ayam.

Kita tahu bahawa bakteria dan virus boleh dengan mudah diperkenalkan oleh manusia (kasut dan pakaian), peralatan yang masuk ke dalam reban ayam, dan kenderaan yang memasuki ladang. Berikut adalah beberapa pelajaran penting yang dipelajari dan inisiatif inovatif untuk memajukan langkah-langkah bioeksklusi bagi ladang ayam:

Pembersihan dan pembasmian kuman untuk mencegah kemasukan patogen:

Banyak pengurus QA mengatakan bahawa “pencairan adalah penyelesaian kepada pencemaran” apabila membincangkan kepentingan protokol pembersihan dan pembasmian kuman (C&D). Memastikan bahawa pembasmi kuman yang digunakan untuk prosedur C&D berkesan terhadap patogen yang paling membimbangkan (contohnya virus influenza ayam) adalah langkah kritikal untuk mengurangkan risiko kemasukan penyakit.

Pembelajaran:

BiosecurityRajah 1. Percaya tetapi sahkan: Jalur sederhana seperti ini membolehkan syarikat-syarikat untuk mengkuantifikasi kepekatan pembasmi kuman yang betul (contohnya PPM quat – ammonium kuaterner) dalam rendaman kasut sebagai sebahagian daripada pematuhan terhadap langkah-langkah biosekuriti.

Pembelajaran:

Cabaran dalam bentuk manusia:

Dalam kebanyakan situasi penyakit, penyelidikan jaminan kualiti akan mendedahkan bahawa manusia (dan tindakan manusia) adalah salah satu faktor risiko terbesar untuk biosekuriti di ladang ayam. Oleh itu, untuk mengoptimumkan strategi bioeksklusi, syarikat mesti belajar bagaimana untuk mengurangkan risiko berkaitan manusia untuk kemasukan patogen ke dalam ladang.

Pembelajaran:

Berfikir di luar reban:

Alat dan protokol yang dibangunkan untuk spesies lain boleh berguna untuk industri ayam. Apabila menilai alat baru untuk bioeksklusi, kita harus berfikir di luar ‘reban’ dan mempertimbangkan apa yang telah diuji oleh doktor haiwan babi, pakar zoo dan hidupan liar, serta lain-lain untuk menghapuskan kemasukan penyakit.

BiosecurityRajah 2. Pandangan dari atas pola migrasi: memberi perhatian kepada pergerakan burung liar boleh membantu melindungi kawanan ayam.

Pemikiran inovatif:

Semasa wabak PRRS (Sindrom Reproduktif dan Pernafasan Babi) dalam kawanan babi beberapa tahun yang lalu, doktor haiwan babi mendapati bahawa peningkatan suhu dan permerhatian masa adalah langkah utama untuk menginaktifkan patogen babi pada kenderaan pengangkutan yang digunakan untuk memindahkan babi dari satu ladang ke ladang lain.

Pembendungan bio

Ladang ayam moden sering melibatkan banyak reban dan sejumlah besar ayam.

Dalam kedua-dua situasi, terdapat pelajaran biosekuriti untuk dipelajari dan teknologi baru yang perlu dipertimbangkan untuk mencapai strategi proaktif dan reaktif berkenaan dengan mengehadkan penyebaran patogen.

Pembelajaran:

Pembelajaran:

Berfikir secara inovatif:

Rajah 3. Berfokus pada masa depan: menggunakan teknologi untuk memantau dan menganalisis kesihatan haiwan, aktiviti tingkah laku dan bunyi dapat membantu kita dengan penahanan bio dan pengesanan penyakit awal.

Dalam kedua-dua situasi, alat-alat inovatif ini dapat memberikan banyak maklumat kepada penternak dan membolehkan tindak balas yang lebih proaktif untuk melindungi kesihatan haiwan.

RINGKASAN

References

1 Mee JF, Geraghty T, O’Neill R, More SJ. Bioexclusion of diseases from dairy and beef farms: risks of introducing infectious agents and risk reduction strategies. Vet J. 2012 Nov;194(2):143-50. doi: 10.1016/j. tvjl.2012.07.001. Epub 2012 Oct 26. PMID: 23103219; PMCID: PMC7110757.

2 BirdCast: https://birdcast.info/

3 Time and Temperature Requirements for heat winactivation of pathogens to be applied to swine transport trailers. (AASV, 2021: https://www.aasv.org/shap/issues/v29n1/v29n1p19.html)

SERTAI KOMUNITI AYAM KAMI

Akses kepada artikel dalam PDF
Kekalkan perkembangan terkini dengan surat berita kami
Terima majalah dalam versi digital secara percuma

TEMUKAN
AgriFM - Podcast sektor ternakan dalam bahasa Sepanyol
agriCalendar - Kalendar peristiwa dalam dunia pertanian dan penternakanagriCalendar
agrinewsCampus - Kursus latihan untuk sektor ternakan