Kandungan boleh didapati di:
English Indonesia (Indonesian) ไทย (Thai) Tiếng Việt (Vietnamese) Philipino
Biosekuriti bukanlah konsep baru bagi industri ayam , babi, atau tenusu. Namun, ia merupakan cabaran yang sentiasa kita hadapi dalam operasi perternakan haiwan dan juga merupakan faktor utama untuk mengoptimumkan kesihatan, kebajikan, dan kelestarian haiwan ternakan.
Biasanya, kita melihat kepada senario penyakit yang pernah dialami dahulu untuk mengetahui apa yang berjalan dengan baik (atau tidak) dan bagaimana kita boleh memperbaiki lagi amalan serta strategi biosekuriti kita.
Walaupun pembelajaran dari masa lalu adalah sangat penting, kita juga mesti melihat ke hadapan dan menyelidik bagaimana kita boleh menjadi lebih cekap, berkesan, dan inovatif.
BIOSEKURITI, GABUNGAN BIOEKSKLUSI DAN PEMBENDUNGAN BIO
Dalam kertas kerja yang diterbitkan pada tahun 2012 mengenai risiko penyakit untuk kawanan lembu, John F. Mee menggambarkan biosekuriti sebagai gabungan bioeksklusi dan pembendungan bio.
Secara khusus, beliau menyatakan bahawa “bioeksklusi adalah berkaitan dengan langkah pencegahan (strategi pengurangan risiko) yang direka untuk mengelakkan kemasukan jangkitan patogen (bahaya), manakala pembendungan bio adalah berkaitan dengan langkah-langkah untuk mengehadkan penyebaran jangkitan patogen dalam ladang dan pencegahan penyebarannya ke ladang lain.”
Falsafah yang sama ini digunakan untuk industri ayam. Untuk penyakit-penyakit dihapuskan dengan sepenuhnya, kita mesti memberi tumpuan kepada strategi baru untuk mencegah kemasukan patogen berjangkit (bioeksklusi) dan mengurangkan potensi penyebaran patogen penyakit (pembendungan bio).
Industri ayam sedunia mempunyai pengalaman selama berdekad-dekad dengan HPAI, mycoplasma, salmonella dan penyakit ayam lain dalam operasi unggas komersial. Oleh itu, kita bernasib baik (atau malang) kerana mempunyai banyak contoh untuk dipelajari, dan kita juga terus mempunyai peluang untuk meningkatkan keupayaan dalam menghapuskan penyakit dan risiko biosekuriti.
Dalam kertas ini, kami akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah inovatif dan strategi berkesan untuk mencegah kemasukan patogen ayam dan meminimumkan penyebarannya.
Secara khusus, pembelajaran yang dipelajari dari masa lalu – daripada syarikat ayam dan sektor pertanian haiwan lain – akan dikongsi.
Selanjutnya, idea-idea baru juga akan diketengahkan sebagai inspirasi kepada syarikat-syarikat untuk mempertimbangkan alat berasaskan haiwan b...